\

Sunday, July 28, 2013

5 Pandangan lelaki dan wanita mengenai hubungan



Apakah pandangan lelaki dan wanita mengenai hubungan mereka? Adakah mereka masih mengamalkan pandangan yang tradisional? Ini adalah hasil kaji selidik oleh Askmen.com mengenai pandangan kedua-dua jantina mengenai hubungan.


(1) Kurang daripada 15% lelaki menyatakan bahawa mereka tidak kisah menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih banyak wang dari mereka, dan majoriti lelaki (59%) menyatakan bahawa adalah memang tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara pasangan. Mereka menegaskan lagi bahawa tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara wanita tidak akan pernah mati. Masih mengekalkan fahaman tradisional.

(2) Cara perkenalan hubungan antara lelaki dan wanita pula telah mengalami perubahan yang drastik. Hasil tinjauan terhadap kedua-dua jantina mendapati bahawa separuh daripada mereka mula berkenalan di internet. Ini metunjukkan bahawa cara berkenalan tradisional (melalui fizikal) kini telah setaraf dengan cara berkenalan moden (melalui alam maya). Dijangkakan bahawa cara berkenalan moden akan terus meningkat.

(3) Lebih daripada 80% lelaki menyatakan bahawa kecantikan pasangan adalah penting di dalam hubungan mereka, tetapi untuk wanita pula lebih mengutamakan sifat rohani pasangan mereka berbanding fizikal.

(4) Mengenai perancangan anak didalam hubungan mereka pula, ia menunjukkan bahawa lelaki lebih menitikberatkan mengenainya iaitu sebanyak 68% berbanding wanita iaitu hanya sebanyak 53%.

(5) Lebih daripada 56% lelaki akan berusaha untuk cuba mengubah penampilan pasangan mereka, manakala wanita pula hanya 22% akan melakukan perkara yang sama. Ini menunjukkan bahawa lelaki sememangnya amat-amat mementingkan faktor fizikal didalam hubungan.
 

No comments :

Post a Comment