\

Tuesday, December 31, 2013

Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda.. 

Ingat... 

pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri...
Jangan terlalu mahukan kesempurnaan...Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya....

Tujuan perkahwinan bukanlah untuk MENGUASAI ataupun DIKUASAI melainkan hanye MELENGKAPI.....

BAHAGIA hanye akan dapat diperolehi jika setiap pasangan berjaya utk MELENGKAPI... { Bercinta Selepas Nikah }


~ Kemelut delima ~

Penaku menari-nari ingin melakarkan sesuatu
Lakaran yang tiada kepastian ertinya
Ingin meluahkan dengan kata-kata indah
Bagaikan haruman bunga mekar menghiasi sanubari

Ku cuba tuk menyatakan dengan kata-kata
Namun tiada sepotong ayat pun yang mampu ku coretkan
Buat renungan santapan jiwaku

Di benakku berlegar-legar imaginasi
Yang tak ku pasti jawapannya
Hati berbisik jiwa meronta
Mengganggu ketenangan diriku

Wahai pemilik diri
Perasaan apakah ini
Yang sering mengganggu dirimu
Mencari kepastian kewujudannya

Cetusanku azclozz